|
|
Bagaimanapun, tidak semua graduan berjaya mendapat tempat atau pekerjaan dalam bidang yang dipelajari selepas tamat pengajian di universiti ataupun kolej. Ini kerana bagi mendapatkan kerja dalam bidang dipelajari, kebolehan dan kepakaran amat diperlukan selain bergantung kepada nasib yang baik.
Bercerita mengenai kerjaya, S3 minggu ini bertemu dengan Senior Sous Chef, Hasmadi Razali yang pada mulanya tidak berminat dengan kerja-kerja di bahagian dapur. Begitu pun, ramai yang mungkin senasib dengan Sous Chef, Hasmadi.
Berasal dari Temerloh, Pahang, Sous Chef Hasmadi pada mulanya tidak pernah mengimpikan bekerja di hotel atau berada di dapur sekali pun.
"Saya ceburi bidang ini bukan kerana saya berminat. Ketika mula-mula bekerja di hotel dulu, saya tidak tahu apa-apa pun mengenai masakan kerana minat saya bukan ke arah itu.
"Apabila sudah kenal dengan mendalam mengenai bidang ini barulah minat tersebut datang dengan sendirinya," katanya ketika ditemui di Restoran Junction Bistro di tingkat dua, Seri Cempaka Service Suites, Menara PGRM, Cheras Kuala Lumpur, baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: