Thursday, July 28, 2011

Min Kyung mengaku sukakan Eunjung


MIN KYUNG HOON


PENYANYI Min Kyung Hoon mendedahkan yang dia mempunyai perasaan terhadap salah seorang anggota kumpulan wanita T-ara iaitu Eunjung ketika dia menjadi tetamu jemputan dalam program televisyen Quiz To Change The World yang turut dihadiri oleh Eunjung.

Pengacara program tersebut, Park Mi Sun mencelah: "Kamu seorang penyanyi yang bagus dan berwajah tampan, saya tidak faham kenapa kamu tidak mempunyai kekasih. Adakah kamu seorang yang senang rasa sunyi?."

Menjawab soalan pengacara itu, Min Kyung Hoon membalas: "Saya rasa sunyi apabila saya sibuk melakukan promosi album. Ketika saya sedang melakukan kerja-kerja promosi saya jumpa ramai gadis cantik tetapi apabila saya pulang ke rumah saya tetap akan makan seorang diri, itu membuatkan saya rasa bertambah sunyi."

Tambah pengacara itu lagi dengan mengusik salah seorang tetamu jemputan ketika itu merupakan gadis idaman Min Kyung Hoon, katanya: "Ya, dia adalah Eunjung. Saya sangat tertarik kepadanya apabila dia menyanyi dan menari."

Respons Eunjung apabila mendengar pengakuan itu secara tiba-tiba: "Saya selalu melakukan kerja-kerja promosi album bersama Min Kyung Hoon kerana lagu-lagu kami keluar pada waktu yang sama. Jadi, kami ada berjumpa beberapa kali tetapi saya tidak pernah menerima sebarang isyarat yang dia mempunyai perasaan terhadap saya."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: