Wednesday, July 27, 2011

Malaysia perlu fokus perkhidmatan mewah

Malaysia perlu mewujudkan identiti dengan fokus menjadi hab untuk perkhidmatan mewah seperti perakaunan, perundangan dan teknologi maklumat.

Guru Pemasaran, Profesor Dr Jagdish Sheth berkata, Malaysia perlu mewujudkan hab di setiap perkhidmatan dan menarik bakat dari seluruh dunia ke habnya di Kuala Lumpur bagi menyediakan perkhidmatan berkenaan.

“Antara bidangnya ialah perkhidmatan perundangan kerana undang-undangnya adalah sama seperti negara-negara Komanwel-Britain,” katanya kepada pemberita selepas seminar mengenai Kebangkitan China dan India Sebagai Gergasi Ekonomi di Fakulti Perniagaan Goizueta, Universiti Emory.

Sheth berkata, Malaysia seharusnya menyediakan perkhidmatan dalam sesuatu bidang khusus yang ada kepakaran, termasuklah bangunan infrastruktur, runcit, reka bentuk, minyak dan gas, aeroangkasa, minyak sawit dan perkhidmatan kewangan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: