DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) menyerahkan 100 komputer peribadi (PC) komputer riba kepada beberapa sekolah yang telah dipilih khas dan penduduk yang tinggal berhampiran dengan Pusat Jalur Lebar Komuniti DiGi (PJK) Bukit Diman, di Terengganu.
PJK Bukit Diman adalah yang kelapan seumpamanya yang menerima sumbangan PC komputer riba menerusi kerjasama antara DiGi dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Peruntukan Perkhidmatan Universal (USP).
Ketua Wialayah Timur DiGi, Jennifer Neal berkata, DiGi menyediakan capaian Internet kepada masyarakat yang kurang mendapat perhatian dengan harga yang berpatutan di pusat jalur lebar komunitinya.
“Kami berharap dengan adanya sumbangan komputer riba itu, ia akan dapat mendorong para penerima terbabit supaya menggunakan Internet sebagai sebahagian daripada gaya hidup mereka, tidak kiralah sama ada di rumah mahu pun di sekolah.
:“Usaha ini turut menyokong inisiatif ‘Internet Untuk Semua’ yang diharap dapat memupuk gaya hidup Internet mudah alih yang bukan hanya boleh dicapai dengan mudah di mana sahaja dan pada bila-bila masa, tetapi juga untuk menjadikannya sesuatu yang mampu dimiliki,” katanya.
:Sejak dua minggu lalu, DiGi sudah menyumbang 700 PC komputer riba kepada masyarakat yang tinggal di persekitaran PJK di wilayah pantai timur iaitu di Gual Ipoh & Kemahang (Kelantan), Kuala Berang, Binjai & Pasir Gajah (Terengganu) dan Pandan & Kampung Ubai (Pahang).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: