![]() |
| ONE Nation Emcees percaya, setiap usaha yang diiringi dengan doa dan kerja keras akan memberikan hasil yang memuaskan. |
MENYUSURI perjalanan seni One Nation Emcees (ONE) yang dianggotai Mimi, Jojoe dan Zydee, mereka kurang mendapat publisiti; sama ada di media cetak mahupun media elektronik berbanding dengan rakan-rakan artis yang lain.
Keadaan itu banyak menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat mereka kerana secara tidak langsung, ketiadaan publisiti memberi gambaran seolah-olah trio ini tidak aktif dan hanya menunggu masa untuk berkubur.
Cetusan daripada senario itu, timbul kata-kata sinis yang mengklasifikasikan juara program realiti televisyen (TV) Gangstarz musim kedua itu sebagai artis sendu.
Sekalipun lagu-lagu ONE seperti Raja Gelek, Apa Ku Kisah dan Syukur (Kau Yang Satu) sering berkumandang di corong-corong radio, namun mereka dianggap tidak popular berbanding lagu-lagu dendangan mereka.
Pada hakikatnya, mereka tetap aktif dan banyak menerima undangan pentas.
Terbaru, ONE sudah mula berjinak-jinak dengan dunia lakonan dengan membintangi filem Klip 3GP, terbitan Primeworks Studio, yang akan masuk panggung pada 13 Oktober nanti.” ucap Mimi.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: