Tuesday, July 12, 2011

KPT tunggu senarai nama mahasiswa terlibat


MOHAMED Khaled Nordin (belakang, tengah) dan Sahol Hamid Abu Bakar bergambar bersama pasukan bola sepak UiTM yang menjuarai Kejohanan Liga Bola Sepak IPT2011 selepas menewaskan pasukan Kolej Komuniti Kedah dalam penentuan sepakan penalti di Stadium Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 11 Julai - Kementerian Pengajian Tinggi masih menunggu laporan daripada polis berhubung pembabitan mahasiswa dalam perhimpunan haram yang diadakan di ibu negara Sabtu lalu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, selepas menerima laporan pihak polis, pihaknya akan menyerahkannya kepada universiti yang terlibat untuk tindakan selanjutnya.

"Buat masa ini kementerian masih menanti senarai nama mahasiswa yang terlibat daripada polis untuk diserahkan kepada pihak universiti.

"Setelah pihak universiti menerima senarai nama berkenaan, terpulanglah kepada mereka untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan akhir Piala Menteri Pengajian Tinggi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.

Hadir sama, Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

Beliau mengulas mengenai penglibatan mahasiswa dalam perhimpunan haram Sabtu lalu yang telah menggugat ketenteraman awam.

Sementara itu, Mohamed Khaled tidak menolak kemungkinan mahasiswa yang dikesan menyertai perhimpunan haram itu akan dikenakan tindakan tegas termasuk menghadapi risiko dibuang universiti.

"Kita akan lihat dulu dan jika terbukti mereka terlibat, pihak universiti boleh mengenakan tindakan tegas kepada mereka," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: