Sunday, July 3, 2011

Komedi melampau Mek Siti


MEK SITI


KACAU-BILAU bila Mek Siti Salam Pantai Timur atau nama sebenarnya Nik Sayyidah dibawa masuk untuk buat sketsa bersama Salih Yaacob pada Final Maharaja Lawak, Jumaat minggu lalu.

Bukan antipelawak wanita, tapi rasanya idea lawak Mek pada malam berkenaan sekadar perosak mood penonton yang mahu tengok jenaka alaf baru. Bukan jenaka untuk memerli, mengenakan regu lawak dengan serangan-serangan peribadi yang keterlaluan.

Bagi Diva, kalau sekali-dua memerli Salih yang beristeri empat itu tidaklah mengapa, tapi kalau asyik topik itu juga yang disebut, nak sahaja Diva baling kerusi ke muka Mek itu. Jangan perli keterlaluan boleh tak? Hidup bermadu tidak pilih sesiapa tau, kena batang hidung Mek Siti sendiri nanti, taulah.

Diva rasa, memang patut sangat Salih bengang dan marah dengan lawak pendek akal Mek Siti pada malam berkenaan.

Diva: Prihatin dan bila tengok artis dalam satu produksi tidak bertegur sapa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: