Monday, July 25, 2011

Koleksi 2011 Alfio Raldo lebih berani


Alfio Raldo, sebuah jenama tempatan dengan rekaan koleksi dari Itali memperkenalkan koleksi terbarunya yang menawarkan lebih banyak pilihan eksklusif untuk digayakan yang pastinya memenuhi citarasa para pelanggannya.

Pengarah Urusannya, Jordan Ling berkata, koleksi Alfio Raldo adalah koleksi yang sering dinantikan oleh pelanggannya terutama ketika musim perayaan khususnya Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Sejak berada di pasaran pada tahun 1989, Alfio Raldo telah berjaya menarik satu golongan iaitu pelanggan setia yang sering menjadikan koleksi jenama ini sebagai pilihan utama mereka.

“Oleh itu, Alfio Raldo sentiasa menghasilkan produk dengan rekaan yang menarik untuk memenuhi citarasa pelanggan kami.” katanya ketika majlis pelancaran koleksi 2011 Alfio Raldo volum kedua, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Untuk koleksi 2011 ini, rekaan dan warna yang diketengahkan Alfio Raldo adalah lebih terang dan berani sesuai dengan rekaannya yang sentiasa terkini dan mesra pengguna.

Selain sentiasa tampil dengan rekaan terkini, Alfio Raldo turut mementingkan kualiti rekaan bagi memberi lebih nilai kepada pelanggannya.

Dalam pada itu, selain menyediakan koleksi untuk golongan pertengahan dan atasan, Alfio Raldo turut menyediakan koleksi rekaan untuk generasi muda dari peringkat usia 18 tahun dan ke atas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: