
Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mahdi Murad berkata instrumen itu disasarkan kepada pengguna yang yakin dengan permintaan global untuk komoditi seperti minyak, jagung, kuprum dan kapas di samping melindungi mereka daripada pasaran komoditi tidak stabil pada masa hadapan.
“Permintaan global untuk komoditi sentiasa meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan dijangka kekal kukuh dalam beberapa tahun akan datang.
“Harga komoditi juga dijangka naik seiring dengan lonjakan inflasi global dalam beberapa tahun ini,” katanya selepas majlis pelancaran AmAdvantage Plus NID-i. Produk itu diuruskan berdasarkan konsep perkongsian keuntungan.
Jika harga komoditi kekal melepasi 75 peratus daripada nilai pelaburan permulaan, pengguna akan dapat pulangan 6.5 peratus setahun, dicampur dengan dua peratus hibah yang akan dibayar sebulan selepas tarikh tutup tempoh tawaran..
AmAdvantage Plus NID-i capai matang dalam tiga tahun. Produk dana itu ditawarkan kepada umum selama 32 hari bermula 18 Julai-18 Ogos 2011. Jumlah pelaburan minima RM70,000 manakala pelaburan seterusnya dalam gandaan RM10,000.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: