Sunday, July 3, 2011

Kecil hati dengan Tiz Zaqyah


Tiz Zaqyah


MACAM biasa, bila berjumpa dengan beberapa wartawan senior macam-macam cerita yang kami bualkan. Tapi Syed cukup tertarik dengan cerita tentang pelakon filem Nur Kasih The Movie yang cantik tu.

Dengar khabarnya Tiz Zaqyah sudah pandai buat hal dengan orang media, betul ke?

Bukan isu besar pun sampai nak saman menyaman. Cuma wartawan majalah senior ni dah kecil hati dengan Tiz. Katanya sampai ke sudah dia masih belum dapat nak buat temujanji dengan Tiz walaupun dah hampir tiga bulan berlalu.

“Kau bayangkan aku telefon dia dulu dalam bulan April. Dan masa tu dia cakap okey dia akan buat fotografi dengan majalah aku bila dia free. Tunggu sampai bulan Mei masih tak dapat jawapan.

“Bila aku telefon dia tak angkat, bila aku SMS langsung dia tak balas. Sebab aku sabar, aku tunggu juga sampai bulan pun dah berganti. Amboi, sibuk sangat ke Tiz tu sampai tak boleh nak jawab telefon dan SMS aku ni?

“Sekarang sudah masuk bulan Julai, masih tak ada jawapan daripada dia. Kalau betul dia tak mahu buat sesi fotografi dengan aku tak apa, janji dia cakap.

“Kalau tak nak, cakap je tak nak. Tak le aku tertunggu-tunggu macam orang bodoh. Kalau dia rasa majalah aku ni tak sesuai dengan dia, tak mengapa, janji cakap terang-terang.

“Kalau kau jumpa Tiz nanti tolong sampaikan salam pada dia yer, bagitahu sikit kalau nak terus berjaya, perangai kena jaga,” kata rakan media Syed yang cukup penyabar lagi.

Syed pun tak faham kalaulah benar sebegini perangai Tiz sekarang. Atau mungkin dia sibuk sangat kot maklumlah orang tengah naik daun.

Tetapi pesanan Syed, nak jadi artis tak boleh buat jual mahal macam tu, orang telefon kenalah angkat, SMS kenalah balas. Sibuk sangatpun, carilah masa untuk membina hubungan yang baik dengan orang lain, barulah boleh kekal lama.

Syed: Ada yang mencari Fazura dan Neelofa. Panas!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: