|
|
PENDANG – Seorang bekas juara satu pertandingan kategori kek pada tahun 2007 mahu mencuba nasib pada pertandingan Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 peringkat Zon Utara yang bakal berlangsung di pusat beli-belah Star Parade di sini esok. Pada kali ini dia mempertaruhkan kebolehannya dalam menghasilkan biskut.
Patimah Ibrahim, 57, yang juga seorang pengusaha kek dan biskut berkata, dia amat berbesar hati apabila permohonannya untuk menyertai pertandingan itu diterima pihak penganjur.
“Ia merupakan kali keenam saya menyertai pertandingan seumpama ini. Saya pasti pertandingan ini sengit memandangkan ia disertai oleh ramai peserta berbakat dari beberapa negeri di utara Semenanjung,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jalan Sekolah di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: