KLANG - Polis semalam membongkar tembelang satu sindiket yang didapati menggunakan Israel sebagai laluan untuk menyeludup beratus-ratus buah kereta mewah curi ke luar negara termasuk ke negara Eropah.
Soal siasat terhadap empat lelaki yang ditahan di sebuah gudang di Kampung Black Water, Jalan Klang-Banting di sini mendapati mereka telah menyeludup sebanyak 25 buah kereta Honda City curi ke Cyprus melalui negara Zionis itu pada 24 Jun lalu.
Bukan itu sahaja, sindiket bergelar 'Geng Black Water' itu berjaya menyeludup sebanyak 456 buah kereta bernilai RM49 juta melalui Pelabuhan Klang ke Dubai, Hong Kong dan Thailand dengan mengisytiharkan kenderaan tersebut sebagai perabot kepada kastam.
Kesemua kenderaan itu diangkut dalam 114 buah kontena menggunakan kapal kargo.
Jarak di antara gudang berkenaan dengan Pelabuhan Klang kira-kira 15 kilometer.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, dalam serbuan pukul 4 petang itu, pihaknya merampas 98 buah kereta mewah curi bernilai RM8 juta.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: