Monday, July 25, 2011

Jelajah ilmu ke Eropah


KEMASYHURAN Eiffel Tower di Paris turut diabadikan oleh delegasi ilmuan dari UTHM.


ADA orang berpendapat, tidak dinamakan melancong ke Eropah jika tidak pernah menjejakkan kaki ke lima kota yang terkenal di dunia, iaitu London, Paris, Brussels, Amsterdem, dan Frankfurt. Namun kelima-lima bandar ini mempunyai nama yang besar dan masyhur di seluruh dunia.

Lima bandar utama itu terkenal dengan kota yang bertamadun dari segi pembangunan fizikal bangunan tradisional, pendidikan, sosial dan ekonomi dunia.

Baru-baru ini seramai 24 Mantan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terpilih menyertai Program Memperkasa Kepimpinan Berwawasan 2011 ke negara-negara Eropah baru-baru ini.

Lawatan akademik selama sembilan hari itu bertujuan melahirkan barisan pemimpin muda yang sentiasa peka kepada persekitaran serta mudah menerima pandangan luar dan globalisasi.

Program itu bermatlamat ke arah mengantarabangsakan universiti dalam negara bagi mencipta ramuan yang ampuh bagi melahirkan acuan sebenar pemimpin unggul pada masa hadapan.

Delegasi seramai 24 pemimpin pelajar itu turut melawat Universiti of Cambridge serta meneroka tempat tarikan utama di kota London . Antara yang dikunjungi ialah Big Ben, Tower Bridge, Trafalgar Square, Buckingham Palace, London Eye, Covent Garden dan House of Parliament.

Selain itu di Paris, kesempatan lawatan itu juga telah digunakan sebaik-baiknya untuk mengenali sejarah dan juga kedudukan menara yang merupakan bangunan tertinggi di Paris.

Eiffel Tower telah dibuka secara rasmi pada tahun 1889 dan sehingga kini telah menerima kunjungan lebih daripada 200 juta orang.

Delegasi itu juga berpeluang mengadakan perkongsian ilmu dengan mengadakan pertemuan bersama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Zakaria Sulong.

Peserta lawatan akademik juga berkesempatan melawat Brussel Amsterdam dan Frankfurt yang merupakan antara bandar yang termasyur dengan terompah kayu, pembuatan keju, serta keunikan jambatan sejarah yang dibina bertahun-tahun lama serta teknologi kejuruteraan.

Sikap bekerjasama, kepemimpinan, kemahiran berkomunikasi, bertolak ansur serta kecekapan pengurusan masa telah membantu matlamat lawatan ini dicapai. Para pelajar juga mendapat dorongan motivasi hasil daripada lawatan ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: