![]() |
| Pengunjung berpeluang didandan jurusolek profesional Clinique. |
THE Clinique Star Tour II kembali lagi dengan membawakan sesuatu yang cukup mengujakan dalam dunia kecantikan, fesyen dan aspirasi pendidikan.
Ia akan menjelajah bandar-bandar besar dengan menyediakan lebih banyak peluang kepada wanita muda untuk belajar memahami keperluan kulit mereka.
Dalam masa yang sama, mereka juga boleh mengalami sendiri aplikasi solekan dan dandanan oleh pasukan jurusolek yang berpengalaman dalam Mobile Makeover Studio.
Menurut Pengurus Kanan Komunikasi Clinique, Yen Chong, Clinique Star Tour merupakan usaha strategik jenama itu untuk berhubung secara bersemuka dengan golongan muda menerusi program yang menyeronokkan, menarik dan berkaitan dengan diri mereka.
"Selepas kejayaan yang dicapai pada tahun lalu, kami menerima banyak permintaan supaya acara ini diadakan lagi.
"Kami turut difahamkan setiap gadis mengimpikan pengalaman menjalani kehidupan sebagai gadis sampul, mendapat layanan terbaik dan disolek untuk tampil cantik oleh profesional.
"Untuk itu, tahun ini kami maju dalam dunia kecantikan dan fesyen dalam dalam sama yang sama The Clinique Star Tour II menanamkan nilai aspirasi dan emosi di mana pemenang-pemenang berpeluang melalui sesi bersemuka dengan role model masing-masing berdasarkan aspirasi kerjaya pilihan mereka," ujarnya ketika ditemui di lokasi pertama The Clinique Star Tour II, Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor.
Tahun ini, The Clinique Star Tour II melibatkan sebuah trak tiga tan yang direka secara strategik bagaikan sebuah rumah yang cukup selesa.
Ia memuatkan lapan stesen untuk sesi bersolek dan berdandan termasuk sebuah studio mini.
Menurut Yen lagi, tahun ini jelajah tersebut akan mengembara merentasi Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Pulau Pinang.
Dalam rangka jelajah tersebut, mereka akan mengunjungi 17 kolej dan universiti serta lima pusat membeli-belah utama.
Bagi mereka yang berminat untuk didandan oleh jurusolek yang berpengalaman, apa yang perlu dilakukan hanyalah membeli baucar The Clinique Star Tour II yang berharga RM35.
Dengan baucar tersebut, mereka layak menerima analisis dan persediaan untuk Clinique 3-Step Skin, tatarias oleh pakar solekan Clinique, dandanan oleh Miko Galere, fotografi fesyen, cenderahati bernilai RM80 dan juga cabutan bertuah.
Bukan itu sahaja, bagi remaja-remaja yang berumur 18 tahun, mereka berpeluang menyertai pertandingan menjadi gadis sampul majalah dan memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM5,000.
Pada penghujung siri jelajah sekitar Ogos, semua foto akan dikumpulkan dan dipaparkan dalam laman sesawang di mana rakyat Malaysia boleh mengundi 25 peserta kegemaran masing-masing.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: