Saturday, July 9, 2011

iPad BH No.1

MIOR KAMARUL SHAHID melancarkan iPad BH (iBH) pada  majlis sambutan ulang tahun Berita Harian ke-54 di Balai Berita, semalam.
MIOR KAMARUL SHAHID melancarkan iPad BH (iBH) pada majlis sambutan ulang tahun Berita Harian ke-54 di Balai Berita, semalam.
KUALA LUMPUR: Berita Harian versi iPad, iBH yang baru dilancarkan pada 1 Julai lalu menduduki tempat pertama dalam senarai aplikasi berita yang dimuat turun di App Store.

Ia berdasarkan maklumat diperoleh daripada App Store sejak semalam yang mana aplikasi The Star menduduki tempat kedua, diikuti National Geographic, tempat ketiga.
Susulan pelancaran iBH pada 1 Julai lalu, aplikasi Berita Harian itu juga menduduki tempat ke-12 secara keseluruhan bagi aplikasi yang dimuat turun di App Store.
Antara pendekatan interaktif terkini diperkenalkan iBH adalah paparan video definisi tinggi, teknologi menukar warga subjek yang diketengahkan, pendekatan 360 darjah bagi memberi penekanan terhadap imej keseluruhan produk dan pelayaran setiap muka surat yang lebih menarik.

Dalam pada itu, Berita Harian Online (BHOnline) mencatatkan sejarah semalam apabila merekodkan lebih 400,000 peminat Facebook mendaftar dalam laman sosial itu, iaitu peminat paling ramai bagi akhbar di Malaysia sejak dilancarkan 25 November 2009.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: