
Ketua Perdagangan Hush Puppies, Malaysia dan Singapura, Yasmin Lim berkata, koleksi terkini Hush Puppies itu diilhamkan Coco Chanel pada 1930-an bagi musim panas tahun ini.
Menurutnya, ia mempunyai gaya tersendiri tetapi tidak menonjol, khas untuk individu yang memilih keanggunan yang lembut dalam bentuk pakaian kasual tetapi selesa.
“Antara corak yang disediakan dalam Koleksi Nautika Perancis adalah jalur, denim, kain berpetak klasik yang disempurnakan dengan motif yang berilhamkan tentera,” katanya.
Koleksi kali ini mengekalkan gaya klasik, tetapi dikemaskan dengan perincian, grafik dan potongan menarik sambil mengekalkan piawaian kualiti tinggi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: