
KLANG - Hadiah wang tunai RM54,900, 40 hamper dan 600 kemeja T menanti para peserta pertandingan Memancing GP Selangor pusingan keenam di Pantai Tanjung Harapan di sini Ahad ini.
Pertandingan anjuran kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan dikendalikan oleh Wakjali Event Management selaku pengurus acara itu menawarkan hadiah wang tunai RM30,000 untuk juara, RM12,000 (naib juara), RM6,000 (ketiga), RM1,500 (keempat) dan RM700 (kelima).
Selain itu, hadiah wang tunai turut menanti pemenang keenam hingga ke-20 manakala empat cabutan bonanza menyediakan hadiah wang tunai RM500 setiap satu dan 20 hadiah cabutan bertuah.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Korporat MPK, Dawari Daud berkata, yuran penyertaan yang dikenakan ialah RM80 untuk satu joran dan setiap peserta dibenar mendaftar dua joran sahaja serta layak menang satu hadiah.
"Kaunter pendaftaran di lokasi pertandingan akan dibuka bermula pukul 12 tengah hari Sabtu ini sehingga hari pertandingan," katanya.
Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan boleh menghubungi 013-3588206, 016-2937741 dan 013-3838655.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: