
MASIH tercari-cari sebuah kamera yang mempunyai sistem autofokus (AF) terpantas tetapi cerewet dalam pemilihan badan kamera? Generasi ketiga Olympus PEN adalah pilihan yang tepat. Dengan berat seringan 215 gram dengan rekaan klasik, siri PEN E-P3 mudah berfungsi sebaik semua kamera yang berada di rak-rak jualan.
Selepas dua buah model kamera generasi terdahulu, PEN E-P2 dan PEN-P1, Olympus telah menaik taraf beberapa ciri-ciri yang sebelum ini tidak ada.
Ciri paling jelas adalah PEN E-P3 mempunyai sistem FAST AF terbaharu yang digabungkan dengan mekanisme MSC (Movie & Still Compatible), ia akan meningkat kelajuan ketika memfokus.

Pada masa yang sama ia dapat mengurangkan bunyi fokus lensa, jadi pengguna kamera boleh menghasilkan komposisi gambar dengan lebih kreatif.
Kualiti imej pula tidak perlu disangkal lagi dengan Live MOS Sensor yang berkelajuan tinggi 12.3 megapiksel selain paparan berdefinasi tinggi sepenuhnya dengan 1080i dan imej pemprosesan baru, TruePic VI.
Selain itu, antara ciri baharu yang menarik perhatian peminat kamera adalah panel paparan skrin sentuh bersaiz kira-kira 7 sentimeter.
Paparan imej OLED 610,000 dot akan memberi pengalaman mengambil komposisi foto yang lebih kreatif dan boleh beroperasi secara mudah.
Siri model ketiga PEN E-P3 ini akan mula berada di pasaran tempatan pertengahan bulan Julai ini dan penggemar kamera boleh mendapatkannya pada harga RM3,199.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: