Memang gedik! itulah dapat digambarkan terhadap lakonan Fara Fauzana, ketika beraksi untuk pementasan teater Mak Dara Nyonya arahan Siti Rohayah Attan yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), dari 6 hingga 12 Julai ini.
Ternyata cubaan pertama pengacara popular yang dikenali dengan gelaran ‘Fafau’ itu menjadi setelah wataknya sebagai ‘Isteri Tuan’ yang ‘gedik’ meninggalkan kesan kepada penonton.
“Saya masih kurang berpuas hati dengan persembahan. Tapi setakat ini, ia adalah percubaan baik untuk persembahan sulung. Walaupun babak tidak banyak, tapi ia sangat mencabar. Bukan senang nak jadi gedik.
“Apatah lagi, berlakon teater jauh berbeza dengan filem. Ia memerlukan lebih fokus,” katanya yang sudah lama mengidam untuk berlakon teater," katanya yang ditemui ketika pementasan teater itu.
Selain Fara, lakonan Sherry Abdullah sebagai Nyonya dan Juhara Ayod sebagai Mak Dara turut mengagumkan penonton. Tidak kurang hebatnya dengan Norzizi Zulkafli, Sarimah Ibrahim dan Misha Omar.
Paling menyentuh perasaan, di saat Juhara Ayob, membuat pelbagai pekerjaan. Dari tukang masak, tukang sapu, sehinggalah terpaksa mengutip sisa makanan dari tong sampah.
Namun, situasi sedih itu tidaklah berlanjutan hingga ke akhir pementasan kerana masih ada elemen gelak-tawa yang menanti.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: