Tuesday, July 19, 2011

Ganjaran kesetiaan pemegang kad Visa



Groupon Malaysia dengan kerjasama Visa memperkenalkan ‘Groupon-Visa Exclusive Offers’ sebuah program ganjaran kesetiaan eksklusif untuk pemegang kad Visa yang dimajukan dan dibangunkan Groupon.

Dengan program kerjasama terbaru ini, Groupon Malaysia akan menyediakan akses secara langsung untuk pakej pembelian kumpulan kepada pemegang kad Visa yang diperoleh daripada laman mikro Visa-Groupon.

Ketua Pegawai Eksekutif Groupon Malaysia, Joel Neoh berkata, kerjasama terbaru ini penting Groupon sebagai platform pembelian kolektif nombor satu di Malaysia.

“Di samping itu, ia juga membenarkan kami berkembang dengan lebih meluas lagi menerusi jaringan luas pemegang kad Visa seluruh negara.

“Kuasa pemasaran sosial semakin pantas dan merupakan saluran utama e-dagang seluruh dunia di mana banyak peniaga mula mencari integrasi untuk model perniagaan mereka,” katanya.

Menurutnya, Groupon Malaysia akan terus menjalinkan kerjasama dan hubungan perniagaan untuk memberikan pelanggan lebih nilai hebat dan pengalaman terbaik.

Pengurus Visa Malaysia, Stuart Tomlinson berkata, dengan kerjasama ini, pemegang kad Visa di Malaysia kini boleh menikmati kemudahan akses istimewa untuk berurusan dengan Groupon Malaysia, hanya menggunakan kad Visa secara dalam talian.

“Pelbagai tawaran hebat disediakan bagi setiap pelanggan dari penginapan, restoran dan gaya hidup,” katanya.

Perkhidmatan terbaru yang ditawarkan ini turut menyediakan pengunjung dengan simpanan bernilai Groupon sehingga 90 peratus daripada harga runcit, serta pakej mingguan istimewa antaranya dari SOHO, Laziz Restaurant, dan The Smokehouse Hotel eksklusif untuk pemegang kad Visa.

Sementara itu, sejak mula beroperasi Januari lalu, keahliannya meningkat lebih 450,000 dengan jumlah pembelian voucer 180,000 dan jumlah simpanan pelanggan kira-kira RM25 juta.

Peniaga Groupon Malaysia juga bertambah yang merangkumi pelbagai jenis produk dan perkhidmatan di rumah dan industri lain.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: