Saturday, July 2, 2011

Faizal pertaruh kek coklat ubi kayu


FAIZAL menunjukkan Kek Daisy Flora Cassava yang akan dipersembahkan pada Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 di Alor Setar hari ini.


BUKIT MERTAJAM – Kebiasaannya kek yang dibakar akan dicampur dengan buah-buahan untuk menjadikannya lebih enak dan menyelerakan.

Namun bagi Faizal Baharom, 36, dia mempunyai caranya tersendiri untuk mempersembahkan kek ciptaannya pada Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 peringkat Zon Utara di pusat beli-belah Star Parade, Alor Setar, Kedah hari ini.

Dia yang bekerja sebagai pembantu doktor di sebuah klinik swasta di sini berkata, dia cuba mencari kelainan pada kek coklat ciptaannya dengan menggunakan ubi kayu sebagai bahan utama dan dicampur bersama adunan lain termasuk minyak jagung Daisy.

“Saya telah mencipta kek itu sejak sebulan lalu dan selepas beberapa kali mencubanya, barulah ia menepati kehendak yang saya inginkan.

“Jadi saya percaya kek ciptaan saya itu lain daripada yang lain dan mampu menarik minat juri pada hari pertandingan itu nanti,” katanya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: