KUALA LUMPUR – Penggubalan Akta Guaman Syarie akan disegerakan bagi memartabatkan sistem kehakiman syariah dan profesion guaman syarie di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, selaras dengan penggubalan akta itu, Majlis Peguam Syarie akan ditubuhkan bagi mengawal etika peguam syarie selain menyeragamkan undang-undang syarie di seluruh negara.
“Ketika ini, tiada sebarang akta untuk mengawal etika guaman syarie, banyak kes yang membabitkan peguam syarie seperti mengenakan caj perkhidmatan yang tinggi, membawa butiran palsu dan menipu anak guam.
“Jadi, sudah tiba masa kita perlu memiliki Akta Guaman Syarie seperti Akta Profesion Undang-Undang 1976 dan menubuhkan Majlis Peguam Syarie seperti Majlis Peguam Malaysia,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: