JOHOR BAHRU - Walaupun Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 bagi Zon Selatan hanya akan diadakan pada 10 Julai depan, namun dua sahabat sudah mula menanam tekad untuk menyertai cabaran itu bagi menimba pengalaman dan berkongsi ilmu dalam pembuatan kek.
Muhamad Fahmie Reqkhal Md. Rizal, 20, dan Raja Mohamad Ameerul Raja Abdul Aziz, 19, yang merupakan pelajar Institut Hospitaliti YPJ di sini berharap dapat mempertingkatkan kemahiran mencipta kek sekali gus berusaha mencipta kejutan pada cabaran tersebut kelak.
"Ini merupakan penyertaan kali kedua saya dalam pertandingan seumpama ini sejak berkecimpung dalam pembuatan kek dua tahun lalu.
"Saya akan mempertaruhkan kek coklat avokado bercampur keju dan yakin kek tersebut mampu menarik minat juri," kata Muhamad Fahmie Reqhkal kepada Kosmo! di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: