KUALA TERENGGANU – Empat lelaki yang menyewa sebuah rumah di Batas Baru, di sini tidak menyangka mereka bermalam dengan mayat selama dua malam sebelum menyedari seorang rakan mereka telah mati kira-kira pukul 6 petang kelmarin.
Mayat Yee Fook Chung, 49, yang berasal dari Segambut, Kuala Lumpur itu ditemui dalam keadaan sudah hitam, kembung dan berulat oleh rakan serumahnya apabila terhidu bau busuk dari bilik mangsa.
Rakan serumah mangsa, Azmi Mohd., 30, memberitahu, kali terakhir dia dan rakan-rakan lain bertemu mangsa pada petang Khamis lalu.
“Waktu itu, uncle (panggilan untuk mangsa) beritahu dia tidak sihat dan batuk-batuk tetapi kami ingatkan sakit dia tidak serius,” ceritanya ketika ditemui di tempat kejadian di Batas Baru semalam.
Jelasnya, pada Jumaat lalu dia dan rakan-rakan pulang ke kampung halaman masing-masing kerana cuti hujung minggu dan kembali semula ke rumah tersebut petang Sabtu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: