Thursday, July 28, 2011

Chery Alado sasar jualan 4,000 unit


NG optimis pasaran kenderaan Chery akan diterima baik oleh pelanggan tempatan ekoran penyediaan pusat servis dan alat ganti Chery di seluruh negara.


PETALING JAYA - Chery Alado Automobile Sdn. Bhd. (Chery Alado), menyasarkan untuk menjual antara 3,800 hingga 4,000 unit kenderaan Chery di pasaran tempatan menjelang akhir tahun ini, berbanding 3,300 yang terjual pada tahun sebelum.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Paul Ng berkata, antara faktor yang akan menyumbang terhadap pencapaian itu adalah pelancaran dua model baharu iaitu sebuah van dengan kapasiti 14 tempat duduk yang dikenali sebagai Transcom dan sebuah kenderaan pikap tidak lama lagi.

"Di samping itu, kami juga bakal membawa masuk dua model baharu pada tahun hadapan, iaitu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sebuah model sedan," katanya dalam satu taklimat media berkenaan perancangan perniagaan syarikat itu di sini semalam.

Menyentuh mengenai isu-isu berkaitan kesediaan alat ganti dan perkhidmatan selepas jualan yang sering menjadi persoalan pelanggan, beliau berkata, Chery Alado telah mengambil pelbagai langkah proaktif dan kini menyediakan sebanyak 27 pusat servis, termasuk 17 buah pusat jualan, servis dan alat ganti (3S) Chery di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: