![]() |
| NAJIB memasang Jalur Gemilang pada sebuah teksi pada majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2011 di stesen KL Sentral, Kuala Lumpur semalam. |
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat negara ini mengibarkan Jalur Gemilang dengan berkata, empat warna yang terdapat pada bendera kebangsaan itu merupakan ramuan untuk melonjakkan negara ke tahap lebih tinggi.
Perdana Menteri berkata, jalur-jalur yang terbentang pada bendera itu seolah-olah kiasan kepada pelan transformasi yang diperjuangkan oleh kerajaan.
"Empat warna (merah, biru, kuning dan putih) menandakan empat prinsip yang merupakan tonggak kepada negara," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2011 di stesen KL Sentral di sini semalam.
Sebelum itu, Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri-menteri Kabinet menaiki Express Rail Link (ERL) dari stesen Putrajaya Sentral ke stesen KL Sentral bagi merasmikan acara itu.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: