Syarikat peneraju penyedia telekomunikasi di Malaysia, Celcom Axiata Berhad (Celcom), mengukuhkan lagi komitmennya apabila memperkenalkan Pelan Jalur lebar Celcom terbaru yang dimuat dengan muzik tanpa had percuma serendah RM48 sebulan untuk pelanggan pasca bayar.
Ketua Operasi Kemajuan Datanya, Afizulazha Abdullah berkata, dengan pengenalan pelan terbaru ini, Celcom dilihat akan memberi lebih pengalaman kepada pengguna di mana mereka akan menikmati sambungan jalur lebar tanpa had, selain aplikasi muat turun muzik secara percuma.
“Celcom juga akan memperkenalkan Modem USB Edisi Terhad apabila melanggan mana-mana Pelan Jalur lebar Celcom.
“Jalur lebar baru itu juga didatangkan dengan keselamatan internet seperti Net Safe,” katanya.
Menurutnya, dengan pengenalan pakej baru itu, Celcom berharap dapat meningkatkan pengalaman pengguna dalam menjadikan keperluan melayari internet lebih mudah, di samping membolehkan pengguna menikmati muat turun muzik tanpa had.
Sementara itu, Celcom juga memperkenalkan jalur lebar Pro Celcom terbaru dengan kelajuan sehingga 7.2Mbps pada saiz 10Gb dengan harga RM138 ketika promosi berbanding RM158 pada harga biasa.
Harga promosi bermula hari ini dan memberi kemudahan penggunaan muzik tanpa had, Net Safe percuma, Set Keselamatan Internet, serta peningkatan volum data dan kelajuan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: