Sebagai sebahagian daripada usaha Celcom Axiata Berhad (Celcom) meraikan 8.7 juta pengguna pasca bayarnya, Celcom sekali lagi mengadakan promosi Hello Money yang terbuka kepada pelanggan Xpax, U.O.X, S.O.X, Celcom Blue dan Sukses.
Promosi ini memberi peluang penggunanya memenangi wang tunai berjumlah RM50,000 setiap minggu dengan hanya membuat lima panggilan tempatan sehari sehingga 31 Julai akan datang.
Sebagai peneraju penyedia telekomunikasi di Malaysia, Celcom sentiasa memastikan penggunanya mendapat perkhidmatan terbaik selain penjimatan yang bernilai pada setiap masa.
Sementara itu, bagi minggu keempat ini, pembantu jururawat, Noorhafizza Nazali, 26, telah dipilih sebagai pemenang keempat sekali gus membawa pulang wang tunai RM50,000.
Dengan hanya membuat beberapa panggilan sehari dan menjadi pengguna setia Xpax selama setahun, Noorhafiza gembira apabila dipilih sebagai pemenang bertuah dalam promosi Hello Money ini.
Hadir di majlis penyampaian hadiah, Naib Presiden Celcom Bahagian Pemasaran Produk, Umi Haina Abdul Rahman, Pengurus Kanan Pemasaran Produk Celcom, Masdiana Sulaiman dan kakitangan Celcom turut hadir memeriahkan acara.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: