Tuesday, July 12, 2011

Buang bulu lebih cepat


Butik HoneyPot Wax di One Utama, di Bandar Utama Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


MEMILIKI tubuh dipenuhi bulu roma yang lebat mungkin menimbulkan rasa yang tidak selesa bagi sesetengah orang.

Tambahan pula bagi mereka yang gemar berfesyen, timbul rasa malu atau tidak selesa jika ingin menggenakan pakaian yang menonjolkan bahagian betis atau lengan.

Bagaimanapun masalah ini boleh diatasi jika berkunjung ke Butik HoneyPot Wax yang menawarkan kaedah rawatan pembuangan bulu roma dengan menggunakan salutan lilin.

Cara ini bukan sahaja mudah, cepat dan bersih malah tidak menyakitkan.

Penasihat Honeypot, Ow Shin Yann, berkata, proses ini boleh dilakukan pada seluruh badan sama ada wanita mahu pun lelaki.

Rawatan bermula dengan membersihkan bahagian anggota badan yang terbabit seperti betis, lengan, bawah lengan, muka dan sebagainya.

Sebelum lilin cair khas yang diimport dari Australia disapu pada bahagian tersebut, ahli terapi akan menganalisis bulu roma berkenaan kerana panjangnya mestilah sekurang-kurangnya 0.5 meter.

Sebelum lilin yang agak suam itu kering, sehelai kertas khas ditekap ke atasnya dan dibiarkan beberapa saat sebelum ditarik pada kadar yang pantas dalam tempoh beberapa saat.

"Proses ini tidak begitu menyakitkan malah di sesetengah anggota badan ia tidak terasa langsung.

"Kesemua ahli terapi kami adalah terlatih dan amat mengutamakan standard kebersihan yang tinggi termasuk menggunakan sarung tangan dan spatula pakai buang," katanya pada majlis pelancaran Butik terbaru HoneyPot Wax di pusat beli-belah One Utama, di Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Butik ini menyediakan empat bilik rawatan untuk wanita dan lelaki. Untuk rawatan salutan lilin pada badan dan muka ini pula ditawarkan dengan harga dari serendah RM12 hingga RM280.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: