Friday, July 22, 2011

Berakhirnya karier Jonny Depp?

Siapa yang tidak kenal dengan, Johhny Depp, pelakon yang cukup verstyle dalam dunia perfileman Hollywood.

Kemampuan Depp tidak dapat disangkal lagi apabila hampir semua filem lakonannya meraih kejayaan dan terus dinantikan peminat.

Terkenal dengan watak Jack Sparrow dalam filem Pirates of the Caribbean, populariti Depp berada di puncak apabila dia memenangi aktor terbaik menerusi anugerah Oscar, malah berjaya melakar kejayaan demi kejayaan menerusi sekuel filem itu.

Jika tidak masakan, produksi filem itu, Walt Disney Pictures, sanggup membayarnya sehingga USD33.7 juta demi mendapatkan khidmat Kapten Jack Sparrow untuk sekuel terbaru mereka, Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides, yang menemui penonton pertengahan April lalu.

Kehebatan Deep bukan sahaja bergantung pada watak Jack Sparrow semata-mata, kerana kredibilitinya sebagai pelakon verstyle cukup menyerlah sebagai Mad Hatter dalam filem fantasi, Alice In Wonderland.

Tidak kurang hebatnya dengan watak Frank Taylor dalam filem The Tourist bersama si jelita yang seksi, Angelina Jolie.

Berilah apa saja watak kepadanya, hero, penjahat, atau komedi sekalipun, dia pasti dapat melakonkan wataknya dengan baik. Tidak hairanlah Depp antara aktor yang menerima bayaran paling mahal.

Sehingga kini, lakonannya sentiasa dinantikan peminat. Namun hanya tinggal dua tahun lagi sebelum aktor kesayangan ramai ini ‘tutup buku’ untuk selama-lamanya. Persoalannya, apakah benar Depp akan bersara dari lakonan seperti mana yang diwar-warkannya sebelum ini.

”Saya akan bersara bila usia 50 tahun. Ketika itu, saya harus memikirkan perkara lain. Lagipun, saya dah tua,” katanya yang berumur 48 tahun.

Sementara itu, empat lagi filemnya, The Rump Diary, Jack & Jill, Jump Street dan Dark Shadows, menunggu tayangan.



Simbol seks perfileman



Memulakan karier sebagai pemain gitar sejak berusia 12 tahun, Depp kemudiannya mencuba nasib dalam lakonan.

Filem A Nightmare on Elm Street (1984), adalah lakonan pertamanya, diikuti filem Edward Scissorhands pada tahun 1990.

Kemuncak kariernya bermula dengan filem Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl pada tahun 2003.

Aktor ini sebenarnya bijak mengatur kehidupan peribadinya dan jarang ada gosip mahupun kontroversi seperti mana artis Hollywood lain.

Memiliki rupa dan susuk badan yang tampan, melayakkannya menyandang status simbol seks dunia perfileman Amerika, The Sexiest Man Alive’ pada 2003 dan 2009.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: