Tidak tahu apa anugerah yang dimenangi ketika dipanggil untuk mengambil trofi, Faizal Tahir juga turut dicemuh hebat selepas dia gagal membuat persembahan yang mantap pada malam Anugerah Planet Muzik 2011 (APM) yang diadakan di The MAX Pavilion, Singapura pada 15 Julai yang lepas.
Faizal Tahir yang membawakan lagu Hanyut dan Selamat Malam jelas tidak berada dalam emosi yang baik pada ketika itu sehingga menjadikan persembahannya begitu teruk, dan ada yang mengatakan dirinya berada dibawah paras sedar, selain ura-ura yang mengkhabarkan dia disabotaj oleh pihak-pihak tertentu.
Biarpun perkara ini sudah beberapa minggu berlalu, namun ingatan terhadap perkara ini jelas masih tebal melekat dikotak pemikiran peminat. Namun, seperti mana kekecewaan peminat, begitu juga dirasai oleh penyanyi itu sendiri. Menyifatkan APM 2011 yang lalu, sebagai majlis Anugerah Planet Muzik yang paling teruk sekali setakat ini, jelas Faizal Tahir dia tidak agak-agak untuk menarik diri sekiranya perkara ini masih berulang di tahun-tahun hadapan. "Saya tak nak cakap di sabotaj oleh mana-mana pihak. Yang boleh saya katakan adalah pihak penganjur APM kali ini adalah yang paling teruk sepanjang enam tahun saya berada dalam industri ini. "Saya perlu berterus terang seperti ini, jika tidak mereka tidak akan ambil iktibar. Kalau perkara seperti ini berlaku lagi, saya tidak mahu lagi menyertai APM. "Terlalu banyak kekurangan dari pelbagai aspek. Saya tidak minta dilayan seperti Superstar, tetapi cukuplah mereka beritahu saya apa yang anugerah apa yang mereka mahu umumkan, ini tidak semua seperti buat tak tahu. Bila mereka umumkan saya menang, saya tidak tahu kategori apa, kerana saya ada tiga kategori yang dipertandingkan. "Orang diluar mungkin tak faham, tapi siapa yang ada didalam dewan itu pasti tahu apa yang berlaku sebenarnya,"jelas Faizal Tahir. Tidak Dengar Muzik Bercerita tentang persembahannya, jelas Faizal sememangnya dia sudah membuat raptai sebelum majlis itu bermula, namun ia tetap tidak memuaskan kerana sistem muzik yang digunakan tidak begitu elok. "Saya memang tak tahu sudah tiba giliran saya menyanyi ketika itu, kerana tidak ada yang beritahu dari hadapan, jadi saya lambat keluar. Sewaktu persembahan itu juga, saya memang dah rasa ia sangat teruk, dan memang jika betul-betul ikut hati saya ketika itu, mahu sahaja berhenti menyanyi dan turun, tapi kerana menghormati majlis saya tidak buat perkara itu. "Sound sistem yang mereka gunakan terlalu teruk, dan ia hanya digunakan untuk kenduri kampung sahaja. Malah sejak awal lagi saya sudah tidak mendapat kerjasama daripada jurutera bunyi disana, jadi saya tidak dapat memberikan persembahan yang terbaik pada malam itu. "Selepas majlis pihak penganjur ada minta maaf pada saya, ini semua pengajaran buat mereka dan kalau macam ini cara mereka berurusan, ia memang akan jadi masalah yang besar,"jelasnya lagi Sentiasa Beri Yang Terbaik Tidak malu biarpun dicemuh, jelas Faizal Tahir peminatnya pasti tahu ia persembahan itu bukan disengajakan dan datang dari dirinya. "Kalau sepuluh kali membuat persembahan, dan sekali sahaja persembahan itu teruk, saya yakin orang akan lebih mengingati yang teruk daripada yang baik. "Namun, jika saya boleh membawakan sembilan persembahan yang baik, pasti peminat tahu satu persembahan yang teruk itu bukan datangnya dari saya sendiri,"luahnya. |
Wednesday, July 27, 2011
"APM2011 Majlis Anugerah Paling Teruk"- Faizal Tahir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: