
SETIAP kali Ramadan menjengah pasti anda sibuk memilih lokasi berbuka puasa untuk menjamu selera bersama rakan dan keluarga.
Banyak tempat makan baik restoran dan hotel menawarkan pelbagai promosi yang mampu menambat selera anda, namun faktor harga yang kadangkala terlampau mahal membuatkan hasrat terbantut.
Menawarkan harga yang berpatutan dengan rangkaian hidangan bufet bertemakan 1Malaysia Cita Rasa Kampung, Seri Cempaka Service Suites mengalu-alukan kedatangan anda menjamu selera di The Junction Bistro sepanjang Ramadan ini.
Pelbagai hidangan masakan kampung ditawarkan di Seri Cempaka Service Suites dengan 75 jenis hidangan dari bahagian utara, selatan dan timur tanah air.
Dengan menghidangkan kombinasi masakan Melayu, mamak dan Cina, anda pasti akan teruja dengan hidangan bufet dan gerai makanan yang disediakan.
Hadiah percuma
Istimewanya, promosi 1Malaysia Cita Rasa Kampung ini digandingkan bersama buah durian dan pencuci mulut durian. Dijual pada harga RM48++, ia pasti berbaloi.
Jika anda membayar untuk sembilan orang, individu yang ke-10 adalah percuma. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang mendapat tiga hadiah berupa tempat letak kereta percuma, baucar tunai makanan dan minuman serta baucar diskaun 50 peratus untuk penginapan.
Chef Malay Kitchen, Hasmadi Razali memberitahu, antara hidangan istimewa yang dihidangkan ialah masak lemak ketam nanas iaitu resepi dari Pahang yang diwarisi daripada ibunya.

Dalam pada itu, Hasmadi turut menawarkan hidangan signatur iaitu gulai asam keladi dari Balik Pulau, Pulau Pinang.
Antara hidangan lain ialah ayam percik Balik Pulau, rusuk kambing panggang berempah, kuzi kambing, pucuk paku goreng belacan, sotong gulai Padang, semua jenis kerabu, ketam goreng cili berempah, bubur lambuk dan banyak lagi.
“Lima set menu berbeza yang merangkumi 75 jenis hidangan berlainan akan dihidangkan mengikut giliran.
“Selain itu, pengunjung juga akan dihidangkan dengan pelbagai hidangan pencuci mulut dan empat jenis air setiap hari seperti air rambutan, longan, air tembikai, bandung cincau, tebu dan sebagainya,” katanya.
Pelbagai pilihan nasi akan disediakan seperti nasi putih, nasi minyak, nasi ulam, nasi beriani gam, nasi pelangi dan nasi tomato mengikut hari-hari yang ditetapkan.
Mereka yang gemarkan sate, ketupat palas, dodol dan lemang, anda tidak perlu menunggu ketibaan Syawal untuk menjamahnya kerana hidangan tersebut akan disediakan.
Kini, bagi mereka yang mahu membuat tempahan awal untuk berbuka puasa, Seri Cempaka mengadakan promosi istimewa. Mereka yang membuat tempahan sepanjang bulan ini, anda hanya perlu membayar RM38++ seorang untuk bufet. Jadi apa tunggu lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: