Wednesday, April 22, 2009

Versi baru Bawang Putih Bawang Merah


PELAKON utama drama Merah Puteh, Zahiril (kiri) dan Ellyas.

RADIUS One, muncul dengan drama bersiri baru yang mengambil cerita legenda itu sebagai jalan cerita.

Hasil kreativiti pengarah muda yang pernah mencurah keringat menerusi drama Sindarella iaitu Isma Yusof, drama ini menampilkan karakter lelaki sebagai pelakon utama.

Mengulas perubahan yang dilakukan itu, jelas Isma, bukan saja karakter utama, tetapi inti pati dan kisah keseluruhan drama itu juga diubah mengikut apa yang difikirkannya sesuai.

“Sebenarnya idea untuk menerbitkan drama Bawang Putih Bawang merah ini sudah lama difikirkan oleh Radius One. Namun baru sekarang terhasil apabila TV3 bersetuju untuk menyiarkan drama ini dalam slot Legenda.

“Memandangkan drama ini menampilkan pelakon lelaki yang memegang watak sebagai Merah dan Putih, jadi apa salahnya kami ubah sikit jalan cerita supaya ia menjadi lebih menarik dan berbeza dari apa yang pernah dipertontonkan sebelum ini,” ujar Isma ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama pelakon terbabit di Sri Pentas, baru-baru ini.

Katanya, jika dalam BPBM dua beradik tiri ini bermusuhan, namun untuk Merah Putih, mereka berdua cukup rapat.



“Jika dalam versi Indonesia wujud watak pari-pari, dalam Merah Putih juga ada watak sedemikian tetapi saya gantikan dengan watak ‘witch’ yang bernama Mulan Marishka. Cuma watak ‘witch’ itu tidaklah tipikal seperti memakai jubah hitam dan mengamalkan jampi serapah.

Drama Merah Puteh ini membariskan ramai pelakon muda dan semakin meningkat naik seperti Ellyas Abdullah sebagai Puteh dan Zahiril Adzim serta Wan Sharmila, Dira Abu Zahar, Ainul Aishah Tania Zainal dan Nadia Aqilah.

Mengulas lakonannya dalam drama itu, Ellya

Merah Puteh berkisar kepada Izwan dan Nazlee, dua beradik tiri berlainan ibu. Izwan seorang remaja lelaki yang suka berlawak, ceria, peramah, aktif dan agresif. Dia digelar Merah kerana sewaktu dilahirkan kulitnya berwarna kemerah-merahan.

Nazlee pula mempunyai karakter yang begitu berbeza. Dia seorang pendiam dan suka menyendiri. Dia pula digelar Puteh kerana kulitnya yang cerah ketika dilahirkan.

Merah dan Puteh sentiasa menyokong antara satu sama lain lebih-lebih lagi Puteh yang sentiasa mendapat layanan buruk ibu tirinya, Datin Mastura yang sebenarnya berdendam dengan ibu Puteh, Rahayu, isteri kedua Datuk Jehan.

Walaupun Rahayu sudah meninggal dunia, dengki Datin Mastura tidak pernah terpadam terutama apabila dia mendapat tahu Datuk Jehan hendak membahagikan sama rata harta antara dua beradik itu.Konflik menjadi bertambah kusut apabila muncul seorang gadis bernama Anggun dalam hidup dua beradik itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: