DIKEMUDI oleh penyampai yang berpengalaman iaitu Wan Kamarudin, ntv7 kembali menyiarkan program sensasinya Talian Hayat pada setiap Isnin, jam 7.30 malam bermula 6 April lalu.
Program Talian Hayat Musim 2 kali ini berazam untuk membongkar dan menyorot isu yang lebih sensasi dan mencabar minda. Program berbentuk majalah ini terbahagi kepada lapan episod yang turut dimantapkan lagi dengan isi kandungan visual padat, menyentuh hati dan disunting hebat - semuanya bersatu bagi mempersembahkan gambaran yang tepat kepada penonton.
Berbekalkan pengalaman luas selama 10 tahun, Wan Kamarudin ialah seorang yang berkaliber dan tidak pernah gagal untuk mendapatkan skop berita yang hebat.
Dia dianggap memiliki minda yang tajam serta motivasi diri yang tinggi untuk terus membongkar walaupun fakta diputar-belit dan semua pintu yang membawanya ke punca masalah tertutup rapi. Pastinya, Talian Hayat musim terbaru ini adalah rancangan yang memperdengarkan suara rakyat dengan memaparkan pandangan mereka yang berkuasa, yang diraikan sehingga ke akar umbi, yang ditindas dan dipinggirkan.
Pada episod pertama, Wan Kamarudin menjelajah ke Kuala Sepetang demi mendekati masalah penduduk dan membangkitkan setiap isu yang didapati masih gagal diselesaikan, khususnya isu paling asas - bekalan air bersih. Lebih menyedihkan, Kuala Sepetang berpotensi hebat untuk tampil sebagai lokasi pelancongan, bagaimanapun ia seolah-olah menjadi pekan 'cowboy' kerana dibiarkan tanpa sokongan bantuan. Daripada aktiviti perikanan yang berskala besar hinggalah kedai makan tepi jalan sehingga kini terkenal seluruh utara, semuanya berpotensi untuk dimajukan lagi.
Apa yang lebih menarik, Wan Kamarudin turun padang ke lokasi bagi mengumpul maklumat menjalankan analisis yang menyeluruh, mendapatkan testimoni daripada pelbagai parti bagi memastikan laporannya adalah adil, saksama dan beretika.
Pengurus Besar ntv7, Airin Zainul berkata selepas meneliti kajian terhadap penerimaan penonton pada musim pertama, pihaknya mendapati sebagai rakyat, penonton Saluran Ceria ini sememangnya memberi keutamaan kepada program hal ehwal semasa.
Sehubungan itu, katanya, ntv7amat komited bagi meneruskan misi saluran untuk memaparkan program wartawan penyiasatan yang berhubung rapat dengan kehidupan rakyat.
“Mengenai Wan Kamarudin pula dia banyak mengetuai gerakan untuk memperjuangkan hak masyarakat dan kami sememangnya teruja dengan kemunculannya sebagai pengacara Talian Hayat Musim 2,” katanya.
Untuk menghantar SMS ke program Talian Hayat, penonton hanya perlu taip TH
Antara pendedahannya dalam Talian Hayat Musim 2 termasuklah Melintas di landasan keretapi, Pencemaran Sungai Marang akibat pencerobohan aktiviti melombong emas’, ‘Dakwaan penderaan kanak-kanak di tadika’, ‘Keluhan rakyat di perkampungan Ulu Tembeling Taman Negara’ dan banyak lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: