Thursday, April 16, 2009

Maya anti beg plastik

altMaya Karin ni seorang yang cintakan alam sekitar. Terbaru, dia serius dalam memerangi penggunaan beg plastik kerana ia menyumbang kepada pencemaran alam dan mengganggu kehidupan manusia.

Kempen alam sekitar pertama Maya akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Sabtu, 18 April 2009.

Kempen ini berjalan selama beberapa minggu sempena sambutan Hari Bumi yang jatuh pada 22 April setiap tahun.

Kempen ini fokus kepada isu Anti Beg Plastik. Kempen Anti Beg Plastik ini membuahkan hasil yang unik dan akan ditunjukkan kepada semua pada hari kemuncak tersebut.

Perlaksanaan kempen ini mendapat kerjasama daripada murid dan guru tiga buah sekolah rendah sekitar Lembah Kelang iaitu Sekolah Rendah Seri Selangor, Subang, Sekolah Rendah Tun Hussein Onn 2, Cheras dan Sekolah Rendah Taming Jaya, Seri Kembangan.

Acara yang bermula pukul 8.00 pagi itu melibatkan sekumpulan murid-murid yang menolak masuk bola-bola diperbuat daripada beg plastik ke dalam stadium. Bola itu kemudian akan ditolak ke arah lori kitar semula oleh sekumpulan murid lain. Ia sebagai simbolik menolak penggunaan beg plastik dalam kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: