Sunday, April 19, 2009

Surat buat Adlin

Saya amat kesal dengan pengirim e-mel Amiruzat Abd. Rahim dari Seri Kembangan, Selangor yang telah disiarkan pada 12 April minggu lepas.

Pengirim tersebut buta seni dalam menilai pengkritik seperti Adlin Aman Ramlie. Adlin wajar diberi penghargaan setinggi-tinggi gunung atas ketulusan hatinya dalam memberi kritikan yang bernas untuk para peserta Akademi Fantasia 7.

Dia mengkritik secara tulus daripada setiap aspek dan tiada istilah pilih kasih dalam memberi kritikan.

Berbeza dengan pengkritik yang lain yang saya lihat lebih ‘menyimpan’ kesalahan peserta daripada mengakui wujudnya kesilapan dalam persembahan.

Saya berharap agar kita menilai kritikan seseorang secara positif kerana setiap perkataan lahir dari ketulusan hati setiap insan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: