Monday, April 27, 2009

Soseh Soseh: Pelakon veteran meraba di kelab


KUBUR kata mari, rumah kata pergi begitulah SS ibaratkan pelakon yang cukup berkaliber ini. Kewujudannya dalam dunia lakonan sejak penghujung 1970-an sehinggalah sekarang, faham-faham sendirilah berapa usianya sekarang. Barangkali sudah layak digelar 'datuk'.

Semakin bertambah umur, sepatutnya aktor berstatus duda ini mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa. Ini tidak makin tua makin menjadi-jadi.

Cerita dia ke kelab malam bukan benda baru yang SS dengar, tinggal lagi tidak berpeluang melihat dengan mata sendiri. Maklumlah, SS sendiri pun sudah lama meninggalkan zaman remaja justeru kelab bukanlah lagi tempat yang sesuai untuk dikunjungi.

Kalau ikutkan, SS tidak punya hak atau kuasa untuk melarangnya kerana kubur lain-lain, tetapi apabila menerima aduan daripada seorang wanita yang memaklumkan pelakon lelaki itu mabuk dan cuba ambil kesempatan terhadap dirinya, SS rasa ini sudah kes berat.

Menurut cerita gadis itu, dia dan temannya yang semuanya wanita sedang asyik menari. Tiba-tiba didatangi aktor lelaki lingkungan pertengahan 50-an itu.

Pada mulanya dia sekadar mahu tumpang menari, tetapi saat bertambah minit perlakuannya menjadi aneh apabila mula meraba-raba gadis itu.

Dirangkulnya pinggul gadis itu, jari-jemarinya semakin ganas meraba punggung gadis itu sambil cuba mencium dengan aroma mulutnya berbau arak.

Gadis yang ternyata tidak selesa diperlakukan sedemikian (tidak semua gadis dalam kelab itu murahan dan mencari mangsa) menolak aktor itu dan cuba memberi amaran.

Namun, tanpa malu aktor yang beruban ini dengan angkuh menempelak gadis itu. Katanya, ramai lagi gadis jelita di luar sana tergila-gilakan lelaki popular sepertinya sebelum dia beredar.

Berasakan tindakan pelakon itu melampau dan memalukan selain tidak layak menjadi 'public figure' yang dihormati, gadis ini meluahkan perasaannya kepada SS.



Apa lagi terkejut SS mendengar khabar itu kerana tidak pernah menyangka aktor ini berpelakuan sedemikian kerana wajahnya nampak baik.

Namun, apabila difikirkan semula aduan bekas isterinya sebelum ini berhubung sikap tidak bertanggungjawab aktor itu terhadap anak, nampaknya ada kebenaran cerita ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: