Tuesday, April 7, 2009

Soseh Soseh: Pelakon hina pengarah


BARU berlakon dalam satu dua filem dah berlagak semacam. Kalau ia pun tak mahu bekerja dengan pengarah PQ tu, janganlah menghina orang sampai macam itu sekali. Apa pun bentuk wajah yang diberikan Allah kepadanya, setahu SS tak pernahlah pula pengarah PQ itu menyusahkan orang. Susah atau senang pengarah PQ tetap gigih mencari rezeki untuknya sekeluarga.

Seingat SS, sebelum artis itu mencipta nama sebagai pelakon, pengarah PQ sudah mengarah beratus drama dan bermacam-macam jenis filem. Malah pelakon paling popular tanah air pun pernah bekerja dengan pengarah ini. Elok aje. Tak pernahlah pulak SS dengar pelakon tersohor itu menghina pengarah PQ itu atau menuduh pengarah PQ macam-macam.

Sampai ke luar negara mereka membuat penggambaran filem dan apabila ia ditayangkan, filem itu meletup di panggung. Begitu juga drama arahan pengarah PQ itu, sampai sekarang menjadi sebutan penonton.

Khabarnya tidak lama lagi pelakon tersohor itu akan bekerjasama lagi dengan pengarah itu untuk drama dan satu program bercorak dokumentari. Kalaulah sebelum ini pengarah PQ itu berbuat perkara yang tidak baik, takkan pelakon tersohor itu dengan rela hati hendak bekerja dengan pengarah PQ.

Sebab itulah, apabila SS dengar bukan main lagi artis yang seorang ini menghina pengarah itu, SS rasa perbuatan itu memang tidak patut. Cuba bekerja dulu dengannya, lepas itu hendak komen, komenlah. Memanglah awak itu cantik jelita tetapi kalau tak ada budi bahasa, orang cantik pun nampak hodoh.

Seorang lagi artis yang SS rujuk sebagai JK pun sama juga. Artis JK ini memang dah berlakon banyak filem tetapi kebanyakan filem itu arahan kawan baiknya. Apabila bekerja dengan produksi kawan baik sendiri, memanglah dia memuji sakan. SS pun tak nafikan ada juga idea pengarah baru itu yang bagus tetapi hendak kata terlalu bagus itu tidaklah. Artis ini pun sama dengan artis yang perasan diva tadi, sama-sama mengutuk pengarah itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: