Tuesday, April 7, 2009

Soseh Soseh: Mila buka syarikat guna duit simpanan


SS tumpang gembira apabila mendengar juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Noorsyarmilla Jirin (Mila) ada syarikat sendiri yang diberi nama LUVMILLA Corporation Sdn Bhd (LCSB).

Difahamkan, syarikat itu memasar dan menjual produk kecantikan serta makanan tambahan berasaskan herba terpilih serta alam semula jadi di bawah jenama LUVMILLA.

Namun, SS berasa hairan juga kerana pada usia begitu muda seawal 21 tahun, penyanyi yang popular dengan lagu Mila Bila Cinta ini sudah mampu membuka syarikat sendiri sedangkan mereka yang sebaya dengannya bersusah-payah mengumpul duit menampung keluarga.

SS tertanya juga sama ada penyanyi ini mendapat tajaan dari mana-mana pihak. Almaklumlah, si penyanyi pun bukannya orang senang, keluarga bergantung hidup padanya.

Tambahan lagi, sebelum ini Mila pernah dikaitkan dengan kontroversi menjadi perempuan simpanan kepada seorang sugar daddy berbangsa asing yang dikatakan bukan calang-calang orangnya tetapi sudah dinafikan sekeras-kerasnya gosip itu.

SS bukan apa, manalah tahu pada kemudian hari heboh di luar sana mempersoalkan dari mana Mila mendapat modal membuka syarikat itu. Sekarang apa-apa aje boleh jadi.

Bagaimanapun, SS difahamkan penyanyi kecil molek ini mendapat modal membuka syarikat kecantikan itu menggunakan duit simpanan sendiri.

Dikatakan, Mila memulakan perniagaan itu dari bawah dan apabila ia semakin berkembang barulah dia berani membuka syarikat itu.

Kalau betullah apa yang didengar, bagus dan tahniah SS ucapkan kepada Mila kerana bukan semua yang berusia seangkatannya mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup.

Jangan jadi macam sesetengah artis sanggup jadi perempuan simpanan semata-mata hendak hidup senang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: