MUNGKIN ramai yang ingin mengetahui kehidupan selebriti tanah air selepas melayari kehidupan rumah tangga. Biasanya program Sehati Sejiwa menampilkan kehidupan selebriti yang baru berumahtangga untuk tontonan masyarakat.
Namun bagi episod ketiga, musim kedua ini, RTM cuba menampilkan kelainan dengan
mengundang pasangan veteran yang mendirikan rumah tangga pada 16 Disember 2006. Pasangan itu ialah Datuk Aziz Sattar dan Datin Hasimah Delan.
Program yang mengisi slot Degupan ini akan menemui penonton pada Rabu ini jam 3 petang secara langsung di menerusi TV1 dari Studio IBC, Angkasapuri Kuala Lumpur.
Sehati Sejiwa yang menampilkan pelakon muda berbakat, Scha sebagai perantara sepanjang satu jam siarannya bakal menemubual pasangan merpati dua sejoli ini dengan pelbagai topik menarik termasuk pasang surut alam perkahwinan mereka untuk dikongsi bersama.
Sepanjang satu jam bersiaran, Sehati Sejiwa mengimbas sejarah pembabitan seniman yang dilahirkan di Pakalongan, Surabaya, Indonesia pada 8 Ogos 1925 dan mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura.
Begitu juga sejarah hidup beliau yang berhijrah ke Singapura pada 1928 Aziz di Tanah Melayu mengikut bapanya, Sattar Sawal dan ibunya, Satimah Jalal. Dibesarkan di Kampung Pasir Panjang, di situlah dia mempunyai dua kawan rapat yang turut menjadi pelakon terkenal Allahyarham Salleh Kamil dan Allahyarham Shariff Dol.
Sedikit latar belakang beliau iaitu mula menjadi pelawak seawal 10 tahun mula menyanyi dan menari semasa majlis perkahwinan dan kenduri di kampung. Dalam usia awal 20-an, dia menjadi pemandu lori dengan gaji sebanyak RM150.
Pada tahun 1950 beliau pernah menganggotai Pancaragam Suara Hiburan Keroncong, dan pada September 1951 berkerja di Studio Jalan Ampas, Singapura.
Kehidupan Aziz mula berubah pada 1952 apabila dia diajak dua teman sekampungnya bekerja di studio Malay Film Productions. Pada peringkat awal, dia sekadar bekerja sebagai juru alihsuara. Namun pada 1953, beliau dipelawa berlakon sebagai watak tambahan dalam filem Putus Harapan.
Beliau juga adalah salah seorang daripada ahli Kumpulan Panca Sitara terdahulu pernah mendirikan rumah tangga dengan Siti Rumina Ahmad dan Dayang Sofiah sebelum bercerai dan mendirikan rumah tangga yang bahagia kini bersama Datin Hasimah Delan. Beliau juga dikurniakan tujuh anak iaitu Ruzaiman, Ruzaidah, Ruzainah, Zainuddin, Dahlia, Dalina dan Sandakiah.
Sehati Sejiwa program temu bual istimewa khusus untuk tontonan seisi keluarga ini bukan sekadar menampilkan pasangan selebriti bercerita mengenai keindahan dan kemanisan hubungan cinta seterusnya hubungan perkahwinan yang dimeterai mereka malah mereka turut berkongsi saat sukar berdepan dugaan yang dilalui mereka dalam melayari bahtera berumah tangga.
Selain itu, Sehati Sejiwa diserikan dengan pengisian klip video artis jemputan, sesi temu bual berkaitan kehidupan berumah tangga, keistimewaan pasangan masing-masing, aktiviti masa lapang serta kegiatan seni yang dilakukan pasangan tetamu undangan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: