|
|
KUALA LUMPUR - Siapa punya angkara?
Polis membuat kesimpulan ini setelah menemui satu rangka manusia yang didibuang di sebuah kawasan belukar dekat Lebuh Raya Sprint berhampiran Plaza Tol Jalan Duta di sini semalam.
Ketika ditemui, rangka dipercayai milik seorang lelaki itu masih berpakaian kemas iaitu baju kemeja lengan panjang berwarna biru, bersinglet, berseluar panjang warna kelabu dan memakai kasut kulit.
Kedudukan lokasi rangka ditemui ialah 50 meter dari tepi Lebuh Raya Sprint.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, rangka tersebut ditemui seorang pekerja kontraktor Indonesia pada pukul 5 petang kelmarin.
"Pekerja lelaki itu masuk ke belukar tersebut untuk mencari burung tetapi terkejut selepas menemui rangka manusia," kata beliau semalam.
Menurut beliau, selepas melihat rangka itu, lelaki berkenaan tidak terus membuat laporan polis kerana mendakwa terlalu takut.
Dia hanya membuat laporan polis pada pukul 2 petang semalam sebelum polis masuk ke belukar itu dan mengeluarkan rangka tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: