Tuesday, April 28, 2009

Ranbir tipu Deepika


RANBIR KAPOOR dan Deepika Padukone.


AKTOR Ranbir Kapoor dan aktres jelita, Deepika Padukone diketahui umum sedang hangat bercinta. Namun, satu sumber memberitahu Ranbir telah menipu kekasihnya itu. Menurut sumber kepada IANS: "Minggu lepas, suatu majlis telah dianjurkan oleh pengarah filem Dostana, Tarun Mansukhani.

"Disebabkan Deepika sibuk dengan penggambaran filem Kartik Calling Kartik, Ranbir tidak kisah pergi bersendirian ke majlis itu."

Namun tambah sumber, Ranbir sebaliknya pergi ke parti lain yang mana turut hadir di situ ialah aktres Sonam Kapoor dan aktor Kunal Kapoor serta pasangan John Abraham dan Bipasha Basu.

Apabila Deepika mendapat tahu mengenai hal itu, dia terus menelefon dan mempersoalkan kenapa Ranbir menipu dirinya menyebabkan Ranbir terpaksa memujuk Deepika dengan alasan dia mengubah fikiran untuk tidak pergi ke majlis anjuran Tarun itu di saat-saat akhir.

Dalam pada itu, timbul kontroversi mengenai hubungan Ranbir dan Deepika apabila adik Ranbir, Riddima membuat kenyataan media baru-baru ini.

"Saya tak fikir Deepika adalah teman wanita Ranbir kerana saya tahu Deepika cuma kawan baik Ranbir," ujar Riddima.

Dengan gosip mengatakan Ranbir semakin intim dengan aktres Katrina Kaif, gandingannya dalan filem Ajab Prem Ki Ghazab Kahani yang ketika ini sedang menjalani penggambaran, bukan sahaja kekasih Katrina, aktor Salman Khan yang sedang resah, tetapi Deepika juga mungkin berada dalam situasi yang sama ketika ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: