Tuesday, April 28, 2009

Kerja keras menjiwai watak


DIA MIRZA


DIA MIRZA membuktikan dia seorang aktres yang berkaliber apabila bekerja keras untuk memastikan karakter yang bakal dilakonkannya benar-benar hidup.

Memiliki azam yang kuat untuk membintangi filem terbitan Sanjay Gupta, Acid Factory, Dia sebenarnya tidak tahu adakah dia berpeluang berlakon filem itu kerana Sanjay tidak pernah menyebut mahu mendapatkan khidmat lakonannya.

Namun, Dia sebaliknya berusaha memantapkan tubuhnya bagi memastikan watak yang diidam-idamkannya itu menjadi miliknya.

Aktres tinggi lampai itu kemudian menjalani latihan fizikal selama 40 hari untuk membina otot-otot pada lengannya dengan bantuan pengarah aksi, Tinu Verma.

Dia melakukan regim senaman itu seperti di sebuah sekolah militari dengan bangun pada pukul 5.30 pagi, berlatih dengan Tinu selama dua jam setiap hari di studio Film City, sebelum melanjutkan latihan selama dua jam di kediamannya pada sebelah pagi, sebelum berlatih selama dua jam lagi pada sebelah petangnya.

"Saya memang benar-benar ingin berlakon dalam Acid Factory, justeru dengan latihan yang saya lakukan itu adalah bukti terhadap kemahuan saya itu," ujarnya.

Apa yang menarik, selepas Sanjay mengetahui tentang kesungguhan Dia itu, dia lalu menawarkan watak tersebut kepadanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: