Sunday, April 19, 2009

Ramai yang kejar harta




Pada awal perjalanan kariernya, dia mengeluh kerana lambat memperoleh tawaran berlakon. Namun sekarang dia semakin mendapat tempat dalam industri filem mahupun lakonan drama.

Ainul Aishah Azizul, 24, pernah membintangi filem Nana Tanjung, Nana Tanjung 2, Otai, Skrip 7707 dan Histeria. Gadis yang memiliki ijazah Sarjana Muda Multimedia Kreatif dari Universiti Multimedia (MMU) ini semakin selesa bermain karakter dan emosi di skrin televisyen.

Kini dia muncul dengan watak gadis gedik yang gilakan harta dalam siri Merah Putih. "Saya seakan-akan badut dalam cerita itu yang membawa kelucuan tersendiri. Saya rasa watak itu melampau dan gedik tapi saya sukakan Jun, watak saya itu."

Komennya jujur, dia tahu semakin ramai gadis di luar sana yang mengejar harta dan sudah tidak begitu endah perihal cinta.

"Banyak perempuan yang sebegitu. Tapi saya lebih pentingkan kebahagiaan daripada itu semua. Buat masa ini saya susah untuk mencari cinta sejati. Malah tidak nampak arah itu lagi. Dunia terlalu moden kini," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: