|
|
KUALA LUMPUR - Tindakan seorang pondan gila yang menukar penampilan dengan tidak memakai pakaian wanita gagal mengaburi mata pihak polis apabila dia ditangkap di Jalan Raja Chulan di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, pondan tersebut ditangkap pada pukul 4 petang kelmarin sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
"Dia kini menjalani pemeriksaan kesihatan dan terpulang kepada pihak hospital untuk menempatkannya di wad psikiatri atau tidak," katanya.
Sebelum ini, tinjauan Kosmo! mendapati pondan itu yang dipercayai mengalami masalah mental dan sering memukul wanita telah menukar penampilannya.
Pondan tersebut tidak lagi memakai pakaian wanita sebaliknya dia berlegar-legar dengan memakai baju T berwarna putih, berseluar pendek dan berselipar.
Tindakan pondan yang berusia dalam lingkungan 30-an yang menukar penampilannya itu dipercayai kerana bimbang selepas mengetahui dia menjadi buruan pihak polis.
Pihak polis sebelum ini memburu pondan tersebut selepas dia bertindak ganas dengan menyerang beberapa wanita yang bekerja di sekitar Jalan Raja Chulan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: