KUALA LUMPUR - Seorang lelaki gila seks yang cuba melarikan diri dalam keadaan berbogel menerima nasib malang apabila dia ditembak ketika cuba menyerang anggota polis yang hendak memberkasnya.
Lelaki berusia lingkungan 28 tahun yang sememangnya dikehendaki ekoran terlibat dengan beberapa siri rogol, samun, curi kenderaan dan pengedaran dadah ditahan selepas rebah akibat ditembak di Jalan Silang dekat Kepong pukul 12 malam, kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, polis menyerbu hotel berkenaan pada pukul 3 petang dan berjaya menahan seorang lelaki manakala suspek berjaya meloloskan diri dengan terjun dari tingkat dua bilik hotel itu dalam keadaan berbogel dipercayai sedang mandi ketika diserbu.
Kedua-dua lelaki itu merupakan penjenayah paling dikehendaki dan berbahaya selepas terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Kata Chin Wah, polis mendapat maklumat berkenaan kedua-dua suspek yang bersembunyi di sebuah hotel menerusi aduan orang awam.
"Suspek lari dalam keadaan berbogel menuju ke sebuah restoran berdekatan.
"Ketika memasuki restoran tersebut, pengunjung yang berada di dalam terkejut melihatnya lalu menjerit menyebabkan suspek terus berlari sejauh 200 meter," katanya lagi.
Tambahnya, suspek yang tidak mahu menyerah diri itu berjaya dipintas polis yang mengejarnya.
Dalam keadaan panik, suspek cuba menyerang polis menggunakan pisau. Seorang anggota polis kemudian bertindak menembak kaki kiri suspek bagi melumpuhkan tindakan ganasnya itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: