Sunday, April 19, 2009

Pindah mahligai


CECILIA dan Nicholas sudah bersedia untuk berpindah ke sebuah rumah mewah di Stanley, Hong Kong.


MEDIA Hong Kong melaporkan, pelakon Cecilia Cheung dan Nicholas Tse sedang bersiap sedia untuk masuk ke mahligai baru mereka yang dinilai mencecah harga jutaan ringgit di Stanley.

Sejak minggu lalu pasangan ini dilihat menghabiskan masa dengan membeli perabot untuk kediaman baru mereka.

Pasangan ini dilaporkan keluar membeli perabot mewah dan kelengkapan bilik untuk anak lelaki mereka yang baru berusia dua tahun, Lucas. Beberapa buah lori juga dilihat menghantar kelengkapan bilik dan permainan terutama anak patung ke rumah mewah tersebut.

Cecilia dikatakan sering berulang alik ke rumah agam tersebut dengan membawa Lucas untuk meninjau proses pengubahsuaian kerana Nicholas sibuk menjalani penggambaran filem. Bapa mertuanya, Patrick Tse, turut dilihat membantu Cecilia.

Mahligai pasangan popular ini didakwa dilengkapi kemudahan seperti kolam renang, taman persendirian dan dibina menghadap laut.

Kawasan tersebut juga berdekatan dengan sekolah antarabangsa yang dijangka menjadi sekolah Lucas kelak. Kawasan tersebut juga disifatkan sebagai begitu privasi kerana pasangan ini mahu mengelak daripada diserbu paparazi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: