Sunday, April 26, 2009

Najib tinjau Jalan TAR, Puduraya


NAJIB (kanan) melepaskan penat dengan minum bersama orang ramai di sebuah gerai
di Puduraya, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Tiga minggu selepas Datuk Seri Najib Tun Razak turun padang untuk melawat tiga kawasan di tengah-tengah ibu kota, Perdana Menteri semalam melakukan satu lagi kejutan dengan berjalan kaki di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) dan Puduraya yang sentiasa sesak dengan lalu lintas.

Beliau kurang senang dengan kesesakan itu dan ketidakcekapan kemudahan awam semasa melakukan tinjauan selama sejam, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Najib yang berpakaian kasual berkemeja warna perang tiba di Jalan TAR dekat Semua House pada pukul 3.20 petang diiringi oleh Raja Nong Chik, timbalannya Datuk M. Saravanan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail.

Di Jalan TAR, beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit berjalan di sepanjang lorong berkenaan sambil berhenti berbual dengan peniaga dan orang ramai.

Kemudian, beliau menaiki LRT yang penuh sesak di Stesen Masjid Jamek ke stesen Plaza Rakyat sebelum berjalan kaki di kawasan Puduraya yang terkenal dengan kesesakannya. Dalam LRT itu, Najib terpaksa berdiri.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: