Wednesday, April 15, 2009

Nabila Huda campur budak bohsia

altNabila Huda bergaul dengan budak bohsia! Masih tidak serik lagikah Nabila yang banyak kontroversi sebelum berkahwin dulu?

Jangan salah anggap.... Nabila bercampur dengan budak-budak bohsia dan mat rempit untuk mendapatkan feel wataknya dalam filem Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam arahan Syamsul Yusof.

"Untuk menjiwai watak bohsia, saya bergaul dengan mereka. Apabila bercampur dengan mereka, kita akan tahu bagaimanakah cara mereka bercakap.

"Saya akui cara mereka bercakap agak kasar, jadi untuk belajar, kita kenalah bercampur dengan mereka," kata Nabila.

altNabila juga memberanikan diri melakonkan sendiri adegan lasak sebagai pembonceng motosikal yang dipandu laju.

Filem tersebut dapat klasifikasi 18PL kerana memuatkan dialog dan babak yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak. Ia ada unsur seks dan ganas.

Lihatlah adegan berkemban lakonan Nabila sebagai Tasya dalam filem terbitan bersama Skop Production dan Grand Brilliance ini.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: