Wednesday, April 15, 2009

Info TV: Hitz.fm boleh diikuti di Astro Hitz saluran 705


DARI kiri, Zainir, Pengurus Besar Kumpulan Jualan AMP Radio Networks, TH Chong dan Raqeem Brian bersama sebahagian penyampaiHitz.fm.

LEBIH sedekad beroperasi stesen radio bahasa Inggeris nombor satu di Malaysia, hitz.fm mengukuhkan jenamanya menyajikan berita, maklumat dan lagu popular.

Selepas melalui pelbagai peringkat perubahan seiring dengan peredaran masa termasuk mempunyai saluran interaktif, Hitz.tv di kaca televisyen, kini Astro memperkenalkan saluran 705 yang dipanggil Astro Hitz.

Tampil dengan imej dan pengisian baru, Astro Hitz diperkenalkan sebagai bukti kepada kepada stesen TV berbayar ini dalam memperkayakan pengisian muzik sekali gus merancakkan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggannya.

Pengurus Saluran Astro Hitz, Mackenna Singh, berkata proses pembaharuan ini dilakukan sejak enam bulan lalu. Disiarkan terus menerus selama 24 jam setiap hari, saluran ini juga sudah memansuhkan ruangan laman sembang.

“Kalau dulu hanya suara DJ kedengaran di corong radio, kini melalui TV, DJ hitz.fm turut akan memikul tugas sebagai VJ dalam masa yang sama. Astro Hitz turut menawarkan pengisian muzik daripada pelbagai skop media melalui on-line, telefon bimbit dan acara turun padang (on ground) demi mendekatkan pendengar dan penonton dengan saluran kami,” katanya sewaktu ditemui pada Parti Evolusi Astro Hitz di sebuah kelab terkemuka di ibu negara.

Turut hadir ialah Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah dan Pengurus Program hitz.fm, Mohamad Raqeem Brian Abdullah.

Zainir yang turut ditemubual di majlis ini berkata, Astro Hitz dilihat sebagai jenama yang menyatukan dua medium iaitu radio dan TV serentak.

“Ini adalah satu usaha serta pendekatan Astro untuk mengembangkan jenama saluran ini di mana juga kita berada tidak kira di radio, TV atau pun secara maya.

“Muzik tetap menjadi keutamaan kebanyakan orang dan ia bersifat sejagat. Lalu, pendekatan saluran ini lebih bersifat inovatif dan kreatif supaya selari dengan apa yang diingini termasuk bertepatan dengan sasaran pasaran terutama golongan remaja,” katanya.

Menurutnya, rating pendengar atau penonton yang memilih jenama Hitz juga tidak boleh diukur berdasarkan angka semata-mata. Ia lebih kepada pengalaman jenama itu sendiri dalam konteks menarik masyarakat untuk terus setia dengan Hitz.

Sementara itu, Mohd Raqeem Brian berkata, ada alasan kukuh pihaknya memansuhkan saluran interaktif hitz.tv.

Katanya, walaupun untung tetapi apa yang ingin disampaikan jauh tersasar, tiada guna juga akhirnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: